Pangkat setaraf dan pangkat senior Jeneral Angkatan Udara

Insignia "jeneral enam bintang" Tentera Udara seperti yang dicadangkan pada 1981

Pangkat Jeneral Angkatan Udara (USAF) adalah setaraf dengan Jeneral Angkatan Darat (USA) dan Laksamana Armada (USN). Dalam angkatan tentera asing, pangkat Jeneral Angkatan Udara telah disamakan dengan Marsyal Tentera Udara.Satu-satunya pangkat senior Angkatan Tentera Amerika Syarikat dari Jeneral Angkatan Udara ialah General of the Armies; Admiral of the Navy juga secara teknikalnya adalah senior, tetapi perbandingan rasmi antara General of the Air Force dan Admiral of the Navy tidak pernah dibuat oleh angkatan tentera AS. Pangkat General of the Armies hanya dipegang sebanyak dua kali dalam sejarah Amerika Syarikat, oleh pegawai-pegawai Tentera Darat AS (John J. Pershing dan George Washington) dan hanya seorang dalam tugas aktif (Pershing). Tiada pegawai Tentera Udara yang pernah dinaikkan pangkat ke enam bintang, walaupun Kongres mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Apabila Omar Bradley meninggal dunia pada tahun 1981, Kongres mengutus surat kepada Institut Heraldik Tentera Darat Amerika Syarikat meminta kelayakan Bradley untuk dinaikkan ke pangkat jeneral enam bintang,[5] serta memohon penjelasan mengenai prosedur yang membolehkan pegawai Tentera Laut AS atau Tentera Udara dinaikkan ke pangkat enam bintang. Jawapan kepada Kongres ialah: "Sekiranya seorang pegawai Tentera Udara atau Tentera Laut dinaikkan ke pangkat enam bintang, pegawai tersebut berhak mendapat insignia enam bintang berserta lambang jata khas".[6]

Pihak Institut Heraldrik merangka lakaran yang memaparkan pangkat enam bintang yang digunakan dalam tiga cabang utama angkatan tentera; imej warna kemudian dihasilkan termasuk satu reka bentuk bagi pangkat jeneral enam bintang Tentera Udara. Insignia ini tidak pernah diisytiharkan secara rasmi oleh pihak USAF, tetapi reka bentuk insignia dikekalkan oleh cawangan darjah kebesaran dan pingat Pangkalan Tentera Udara Randolph.

Tidak ada pangkat setaraf lima bintang dalam empat perkhidmatan beruniform Amerika Syarikat yang lain (Kor Marin, Pengawal Pantai, PHSCC, dan Kor NOAA).